Sejarah UKZ

Dalam tahun 1992, Unit Kewangan Zon telah diwujudkan di Kampus Shah Alam bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang lebih baik kepada Bahagian /Fakulti, selaras dengan perkembangan Universiti.

Faktor asas bagi penubuhan sesuatu Unit Kewangan Zon ialah mengikut bilangan pelajar, keperluan Bahagian / Fakulti dan lokasi Bahagian / Fakulti. Pejabat Unit Kewangan Zon terletak di Bahagian / Fakulti yang berkaitan.

Bidang tugas Unit Kewangan Zon ialah pengurusan bajet, perolehan melalui pembelian runcit, kawalan dan penjagaan harta, pengurusan sub-stor, penyelarasan proses pendaftaran pelajar dan pengurusan bayaran kepada pelajar, bayaran kepada staf (tidak termasuk bayaran gaji, elaun syarahan sambilan dan bayaran lebihmasa) dan bayaran kepada pembekal yang berkaitan dengan Bahagian/Fakulti di bawah pengawasan Unit Kewangan Zon berkenaan.

Unit Kewangan Zon diketuai oleh Timbalan Bendahari / Penolong Bendahari / Penolong Akauntan mengikut faktor asas penubuhan sesuatu Unit Kewangan Zon.

Bermula dengan 16 Zon dalam tahun 1992, Unit Kewangan Zon kini telah bertambah, menjadikan 21 Zon termasuk di Kampus Seksyen 17 Shah Alam, Kampus Jalan Othman dan Kampus Puncak Perdana.

Sistem Zon ini telah dijadikan benchmark oleh IPTA yang lain dan telah dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Univertsiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada bulan September 2005, struktur pengurusan kewangan di peringkat Zon diperkukuhkan lagi dengan perlantikan Ketua Kumpulan Zon mengikut gugusan.

Jumlah Pengunjung