Jumlah Pengunjung

Etika Bekerja Staf UKZ 17 Melalui 21 Hadith Terpilih Rasulullah SAW

Projek terbesar UKZ 17 tahun 2012.
Nantikan.
Pelancarannya akan disempurnakan oleh Juri 5S Pejabat Bendahari.
Tarikh pelancaran ?
Hanya juri-juri tersebut yang tahu bila mereka nak datang ke UKZ 17 sekali gus merasmikan buku ini.

Alhamdulillah, Pindah Jua UKZ 17 Akhirnya

As Salam 1 Malaysia Pelanggan UKZ 17,

Semoga tuan puan sihat ceria selalu dan dalam redha Allah.
Alhamdulillah. Tanggal Januari 2012, UKZ 17 secara rasminya telah berpindah dari aras 3 ke aras 2 Bangunan Wawasan (Hotel Katering Lama). Segala kesulitan yang timbul akibat perpindahan ini amat kami kesali.
Ampun dan maaf kami ucapkan.

Yang benar

Mr K of UKZ 17



Dari Meja PB UKZ 17

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hardat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya Unit Kewangan Zon 17 (UKZ 17) telah berjaya melaksanakan projek blog UKZ 17.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga UKZ 17 yang terlibat dalam menjayakan projek ini kerana tanpa kerjasama daripada mereka semua, projek ini tidak akan berjaya. Saya mengucapkan syabas dan semoga komitmen serta usaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini akan diteruskan untuk program-program akan datang.

Sekian dan sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua warga UKZ 17 yang turut terlibat dalam menjayakan projek ini. Saya akhiri dengan ucapan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum W.B.T.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mr K of UKZ 17

Sejarah UKZ

Dalam tahun 1992, Unit Kewangan Zon telah diwujudkan di Kampus Shah Alam bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang lebih baik kepada Bahagian /Fakulti, selaras dengan perkembangan Universiti.

Faktor asas bagi penubuhan sesuatu Unit Kewangan Zon ialah mengikut bilangan pelajar, keperluan Bahagian / Fakulti dan lokasi Bahagian / Fakulti. Pejabat Unit Kewangan Zon terletak di Bahagian / Fakulti yang berkaitan.

Bidang tugas Unit Kewangan Zon ialah pengurusan bajet, perolehan melalui pembelian runcit, kawalan dan penjagaan harta, pengurusan sub-stor, penyelarasan proses pendaftaran pelajar dan pengurusan bayaran kepada pelajar, bayaran kepada staf (tidak termasuk bayaran gaji, elaun syarahan sambilan dan bayaran lebihmasa) dan bayaran kepada pembekal yang berkaitan dengan Bahagian/Fakulti di bawah pengawasan Unit Kewangan Zon berkenaan.

Unit Kewangan Zon diketuai oleh Timbalan Bendahari / Penolong Bendahari / Penolong Akauntan mengikut faktor asas penubuhan sesuatu Unit Kewangan Zon.

Bermula dengan 16 Zon dalam tahun 1992, Unit Kewangan Zon kini telah bertambah, menjadikan 21 Zon termasuk di Kampus Seksyen 17 Shah Alam, Kampus Jalan Othman dan Kampus Puncak Perdana.

Sistem Zon ini telah dijadikan benchmark oleh IPTA yang lain dan telah dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Univertsiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada bulan September 2005, struktur pengurusan kewangan di peringkat Zon diperkukuhkan lagi dengan perlantikan Ketua Kumpulan Zon mengikut gugusan.

Sejarah UKZ 17

Unit Kewangan Zon 17 @ UKZ 17 telah diwujudkan dalam bulan September 1998. Penubuhan unit ini adalah untuk memberi perkhidmatan kewangan bagi:

  • Akaun Penyelidikan, Akaun Perundingan dan Akaun Pengurusan RMI (dahulunya IRDC)
  • Akaun Pengurusan dan Akaun Amanah MITRANS

Motto UKZ 17

1 Bendahari

Penyelidik & Perunding didahulukan
Kualiti diutamakan



Objektif UKZ 17

Menyediakan perkhidmatan kewangan yang cepat, cekap dan tepat bagi memastikan aktiviti Penyelidikan dan Perundingan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Piagam Pelanggan UKZ 17

Kami Beriltizam Memberi Perkhidmatan Yang Cekap, Cepat, Tepat Dan Bertanggungjawab Untuk Mencapai Objektif Pejabat Bendahari.

Mengeluarkan Pesanan Jabatan untuk permohonan perolehan melalui:

a. Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
b. Sebut Harga Runcit / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan belian dalam FAIS.

Menjelaskan pembayaran terhadap semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.

Membayar emolumen mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Bendahari pada awal tahun.

Pegawai UKZ 17

1. Pn RAB, (Tel Ext: 1386)
2. Mr K of UKZ 17, (Tel Ext: 3404)
3. En HRAR (Tel Ext: 3440)
4. Pn NMS, (Tel Ext: 2099)
5. Pn NAJ, (Tel Ext: 3467)
6. En MHG, (Tel Ext: 1385)